Selamat datang .. Ini zon Blog Illumination Harap jangan lupa jadi follower



... Assalamualaikum...

Sunday 4 January 2015

Jan 2015


  Sinar Akhir Zaman * Al-Mahdi *


Al-Mahdi adalah tokoh yang bertangggungjawab bersama-sama Nabi Isa memerangi Dajjal pada akhir zaman. Sebelum kemunculan Al-Mahdi, dunia akan terlebih dahulu diturunkan sekumpulan tentera yang menggelarkan dirinya " Panji Hitam Ufuk Timur ". 

Siapa tentera " Panji Hitam Ufuk Timur " ? Persoalan ini masih menjadi tanda tanya sehingga kini. Al-Mahdi akan memimpin tentera " Panji Hitam Ufuk Timur " untuk memerangi tentera Dajjal. Misteri tentera " Panji Hitam Ufuk Timur " adalah semisteri identiti Al-Mahdi.

 Pemimpin yang ditunggu-tunggu. Tentera " Panji Hitam Ufuk Timur " bukan dongeng kerana ianya adalah janji Allah. Mereka pasti muncul. " Panji- panji Hitam Ufuk Timur " sebenarnya bukanlah sebuah kerajaan tapi gabungan semua mujahideen sebelah TIMUR. Jumlah sebenar tentera " Panji Hitam Ufuk Timur " tidak ramai, iaitu 313 orang sahaja. Jika ada yang mengatakan IS ialah tentera " Panji Hitam Ufuk Timur " ianya tersasar sudah jauh. 

Bendera hitam akan datang dari Timur yang diketuai oleh pahlawan-pahlawan yang berambut panjang dan janggut. Jika anda lihat panji-panji Hitam datang dari Khurasan , pergi kepada mereka dengan serta merta. Walaupun anda mesti merangkak atas ais.Khurasan adalah kawasan tanah tinggi yang berhubung dengan Banjaran Titiwangsa.Khurasan merupakan tempat mereka berkumpul.Panji Hitam akan bergerak secara berjemaah dan akan membawa pengikut-pengikut di seluruh dunia sehingga berjumpa dengan Imam Mahdi Di Mekah. Jika kita lihat kedudukan jarak yang paling jauh dari arah Timur Mekah, antara negara yang paling jauh adalah Malaysia, Indonesia , dan Brunei.

Gerakan " Panji Hitam Ufuk Timur " boleh dikatakan tentera yang dipersiapkan untuk membantu Imam Mahdi. Kemunculan Al-Mahdi pula terjadi selepas berlaku kematian seorang pemimpin. Perselisihan faham di negara Islam akan terjadi. Seorang pemimpin akan meninggal dunia dan akan berlaku perebutan kuasa. Ketika itu juga Barat mengkhianati Islam dalam perang Armageddon.

Tanda tanda ketibaan Al-Mahdi adalah apabila munculnya bintang berekor dari langit. Kedatangan Al-Mahdi akan didahului dengan kemunculan bintang berekor yang menakjubkan. Bintang ini berbeza dengan bintang2 lain. Bintang berekor ini hanya muncul selang beberapa abad sahaja. Ia bersalji. Kelajuannya menyamai kelajuan cahaya matahari ketika Fajar.

Bahagian depan dan bahagian belakang bintang ini bertemy dan kelihatan seperti lingkaran raksasa. Bintang itu akan memancarkan sinaran terang di langit yang gelap sehingga kelihatan seperti matahari pada waktu malam. Selepas kemunculan bintang itu, akan terjadi banyak malapetaka dan kematian. Bintang ini akan muncul merentasi ruang angkasa bumi pada kedudukan bumi di antara matahari

Ketika munculnya bintang ini, akan terjadi gerhana bulan. Ekornya tidak akan terkena bumi tapi akan terkena Bulan. Bintang seperti ini kali terakhir muncul pada bulan April 1997. Dan akan muncul semula selepas 3,000 tahun. Selepas kemunculan bintang itu, barulah Al- Mahdi dibaiat. 

Sebelum Al-Mahdi dibaiah, akan berlaku huru hara di sebuah negara Islam kerana kematian pemimpin itu. Kemudian dia melarikan diri ke Mekah. Sekumpulan tentera yang mengejar Al-Mahdi ditelan bumi di sebuah padang pasir. Sesampai sahaja Muhammad Bin Abdullah ( Nama Asal Al-Mahdi) , penduduk Mekah menyambutnya dan membawanya ke Hajar Al- Aswad.

Mereka membawa Al-Mahdi ke Hajar Al-Aswad (Kaabah) secara paksa. Tanpa kerelaan Al-Mahdi. Muhammad Bin Abdullah tidak mahu dibaiah sebagai Al-Mahdi. Dia cuba melarikan diri dari dibaiah, tapi diugut untuk dibunuh kerana tidak mahu bersama memperjuangkan kebenaran. Akhirnya dia merelakan diri dibaiah sebagai pemimpin umat Islam sejagat.

Ketika berlaku kematian pemimpin di negara asalnya, nama Muhammad Bin Abdullah menjadi masyhur sehingga ke Mekkah. Waktu itulah wakil2 umat Islam daripada Timur " Panji Hitam Ufuk Timur " datang kepadanya. Hakikat sebenar siapa Al-Mahdi  hanya diketahui oleh Allah.

Negara Asal Al-Mahdi sengaja dirahsiakan daripada manusia untuk melindunginya. Perang besar sebelum kemunculan Al- Mahdi juga akan memusnahkan sebahagian besar senjata2  canggih. Ada hadis dari Abu Daud menyebut berkenaan perang di zaman Al-Mahdi.



Sudah Baca harap " LIKE "